
KUALA LUMPUR – Meskipun hujan, namun
peserta Himpunan Pertahanan Kedaulatan Islam (405) hari ini tidak
berganjak sehingga pemimpin Pas selesai memberikan ucapan.
Berarak dari Masjid Jamek selepas
menunaikan solat Zohor berjemaah, dan berarak ke Sogo lebih 3,500
peserta yang bertemakan putih simbolik kesucian agama Islam membanjiri
Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR).
Himpunan yang dianjurkan oleh Gerakan
Pembela Ummah (Ummah) ini turut dihadiri oleh Timbalan Presidrn Pas
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Pemuda UMNO Datuk Ashraf Wajdi dan
beberapa lagi NGO Islam lagi.
Tujuannya adalah untuk membangkitkan isu
Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), selain menyuarakan kes
kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, Bahasa Kebangsaan dan UEC.
Himpunan besurai lebih kurang pada 3.30 petang tanpa sebarang provokasi. -MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.