Halaman

Rabu, 8 Mei 2019

SKMM nafi intip kandungan WhatsApp individu tertentu

Astro Awani
SKMM nafi intip kandungan WhatsApp individu tertentu
SKMM berkata dakwaan tersebut adalah adalah palsu dan tidak benar sama sekali.
 

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini menafikan dakwaan bahawa telefon milik individu tertentu telah dipantau dan diintip oleh pihak berkuasa di negara ini.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, SKMM berkata dakwaan tersebut adalah adalah palsu dan tidak benar sama sekali.
–– ADVERTISEMENT ––

"Sebarang dakwaan kononnya telefon milik individu tertentu dipantau dan diintip oleh pihak berkuasa di negara ini adalah palsu dan tidak benar sama sekali.

"Sebagai satu badan yang mengawal selia dan membangunkan industri komunikasi dan multimedia, SKMM tidak memantau mahupun mengintip perkara-perkara yang dimuatkan oleh pengguna WhatsApp," jelas kenyataan tersebut.

Justeru, SKMM menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.