Halaman

Rabu, 8 Mei 2019

Tak laku lepas jam 10 malam

Siti Rohana Idris
 
 

TUMPAT: Operasi perniagaan yang diarah tutup pada jam 8.30 malam hingga 10 malam sepanjang Ramadan, dianggap menutup rezeki peniaga.

Rata-rata peniaga kedai makan terutama penjual colek atau rojak menyifatkan usaha mereka mencari pendapatan tambahan sia-sia disebabkan arahan itu.

Seorang peniaga colek, Nor Harlizam Mamat, 34, berkata, kebiasaannya pelanggan mula memenuhi kedai jam 8.30 malam dan dia tidak menang tangan melayani mereka ketika itu.

“Jika jam 10 malam baru dibenarkan berniaga, orang sudah tidak ramai waktu itu dan kedai pula hanya boleh beroperasi sehingga jam 12 tengah malam.

“Memang tidak boleh cari makan hanya satu jam lebih sahaja berniaga,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Seorang lagi peniaga, Zulkifli Yusof, 42, berkata, dia bercadang untuk menambah menu colek di kedai makannya di Wakaf Bharu bagi menarik lebih ramai pelanggan selain menyediakan masakan panas.

“Saya bercadang untuk mula berniaga colek malam ini (semalam) tapi apabila mengetahui arahan mengenai penutupan kedai makan semalam (kelmarin), terpaksa fikir semula menu tambahan itu.

“Jika sekadar menyediakan masakan panas, sudah tiada tarikan kerana selepas jam 10 malam (waktu dibenarkan beroperasi semula), sudah pasti orang ramai akan pulang ke rumah masing-masing,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.