ISMA WEB
I-Medik sambut baik usaha KDN, KKM laksanakan ‘decriminalization’

IKATAN
Pengamal Perubatan Dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) menyambut baik
inisiatif kerajaan, khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM), untuk melaksanakan ‘decriminalization’ ke atas
penagih dadah di mana tahanan penjara yang dikategorikan sebagai penagih dadah
akan diberikan rawatan dan pemulihan ketagihan dengan kerjasama kedua-dua
agensi kerajaan itu.
Melalui
pendekatan sebegini, penagih dadah kini akan dianggap sebagai pesakit yang
perlu dirawat dan bukannya pesalah yang perlu dihukum. ‘Decriminalisation’ bagi
penagih dadah adalah penting untuk memastikan penagih yang dibebaskan daripada
tahanan diberi peluang untuk kembali menjalani hidup yang normal dalam
masyarakat.
Perlu
difahami, banduan yang ditahan dalam waktu masa yang panjang akan mengalami
kesukaran untuk bekerja disebabkan oleh stigma masyarakat, penyisihan keluarga
dan kemiskinan.
Hasil
daripada perbincangan antara KDN dan KKM pada 24 Jun lalu, intervensi pemulihan
termasuk menyediakan program dalam komuniti dengan masyarakat, menyediakan
pendekatan ‘harm reduction’ melalui terapi gantian metadon dan ‘joint
management’ bagi yang mempunyai dual diagnosis oleh pusat pemulihan narkotik.
Berbeza
dengan situasi semasa di mana penagih dadah akan diberi tahanan penjara
sekiranya sabit kesalahan, namun tiada sistem pemulihan khusus bagi mengatasi
ketagihan bagi mereka di dalam mahupun di luar penjara.
Justeru,
selepas penagih dadah dibebaskan daripada penjara, ada di antara mereka kembali
kepada najis dadah kerana permasalahan ketagihan yang masih belum berjaya
diselesaikan ketika di dalam tempoh pemenjaraan.
Statistik
terkini menunjukkan angka di mana 70,000 tahanan di penjara di seluruh Malaysia
adalah penagih dadah. Sebahagian besarnya adalah penagih dadah yang berulang
atau tegar.
Ketagihan
adalah satu permasalahan perubatan yang kompleks yang boleh terbahagi kepada
dua iaitu ketagihan fizikal dan psikologi. Mereka yang dipenjarakan akan
mengalami satu tempoh masa di mana mereka tidak akan terdedah kepada dadah
ketika dalam tahanan kerana ketiadaan dadah.
Ada
di antara mereka akan melalui gejala ketarikan (withdrawal symptoms) atau
perasaan gian buat sementara waktu kerana ketiadaan bekalan. Ini adalah hasil
tindak balas ketagihan fizikal. Namun disebabkan oleh ketagihan psikologi,
ataupun ‘complusive drug-seeking’, mereka akan meneruskan penagihan dadah
selepas dibebaskan daripada tahanan kerana permasalahan ketagihan yang belum
berjaya diselesaikan ketika di dalam penjara.
Perlu
difahami bahawa masalah ketagihan adalah satu permasalahan perubatan yang
kronik dan boleh berulang. Kesan jangka masa panjang dadah kepada otak
menyebabkan perubahan kepada ‘reward’ sistem di dalam otak yang menyebabkan
gangguan terhadap kawalan dalam tingkah laku berkaitan dengan pengambilan
dadah.
Permasalahan
utama membabitkan tahanan penagih dadah adalah ketiadaan sistem yang tersusun
bagi pemulihan penagih dadah di luar mahupun di dalam tahanan. Tidak dinafikan
usaha KKM menyediakan program ‘harm reduction’ seperti program metadon dan
pertukaran jarum di luar fasiliti penjara adalah strategi yang sangat baik
dalam memastikan penagih dadah diberi peluang kedua di dalam kehidupan.
Ramai
di antara mereka yang mengambil terapi gantian metadon berjaya menjalankan
kehidupan dengan normal.
Namun,
program ini lebih kepada memberi pemulihan mereka yang terbabit dengan dadah,
khususnya heroin. Bagaimanapun tiada program yang serupa bagi ketahihan jenis
lain seperti mentamphetamine, ganja, ketum dan pelbagai jenis dadah sintetik
yang lain.
Mereka
juga mengalami masalah ketagihan kronik dan perlu dirawat. Ketiadaan sistem
yang baik bagi pemulihan banduan penagih dadah menyebabkan mereka keciciran dan
terlepas daripada diberi peluang untuk menambah baik kehidupan setelah bebas
dari penjara.
Pelbagai
inisiatif telah diwujudkan oleh banyak pihak, termasuk agensi kerajaan dan
bukan kerajaan, tetapi pendedahan terhadap program yang wujud sangatlah terhad.
Kaunselor dan pegawai psikologi juga disediakan di penjara dan fasiliti
kesihatan namun, tidak ramai antara mereka mempunyai kepakaran di dalam bidang
ketagihan.
Sudah
tiba masanya KKM menyediakan kaunselor dan pegawai psikologi yang berkemahiran
tinggi di dalam pemulihan banduan, khususnya berkaitan ketagihan.
Kesimpulannya,
I-Medik mengharapkan kerajaan, khususnya KDN dan KKM, dapat menyediakan modul
yang komprehensif terhadap pemulihan banduan yang terbabit dengan najis dadah.
Ketagihan adalah permalasahan perubatan yang memerlukan kepada rawatan
perubatan dan pemulihan yang khusus. Ia tidak dapat selesaikan sekadar dengan
hukuman pemenjaraan pesalah.
Namun,
perlu diingatkan bahawa pengambilan dadah berbahaya (illicit drug) adalah satu
kesalahan.
Masyarakat
juga perlu dididik supaya mengurangkan stigma terhadap mereka yang mengalami
masalah ketagihan. Mereka seharusnya diberi peluang kedua untuk menjalani
kehidupan yang normal sepertimana manusia lain.
Dr Nor Ruzaini binti Sulaiman
Unit
Kawalan Ketagihan Dadah I-Medik
Dr Rozanizam Zakaria
Ahli
Jawatankuasa Pusat I-Medik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.