
Langkah itu adalah bagi mengelak berlakunya kontroversi tulisan Jawi yang dikhuatiri boleh menghangatkan suhu politik dan kaum di negara ini, kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Perlu diingat bahawa tulisan Jawi merupakan sebahagian daripada khazanah budaya bangsa dan negara,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Dong Zong dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) yang secara gabungannya dikenali Dong Jiao Zong akan mengadakan persidangan pertubuhan Cina pada 28 Disember untuk membantah penerapan pengenalan tulisan Jawi dalam subjek teras iaitu Bahasa Melayu sekolah vernakular.
Pertubuhan berkenaan bagaimanapun dilaporkan mengalakkan supaya pengenalan tulisan Jawi dijalankan dalam bentuk aktiviti kokurikulum.
Anwar berkata, Bahasa Melayu dan kini bahasa kebangsaan mula ditulis dalam bahasa Arabyang diubah suai kepada tulisan Jawi.
Ujarnya, ikhtiar tersebut perlu dilihat sebagai antara lamngkah menyemarakkan kesedaran lintas dan budaya.
“Malaysia kekal sebagai negara pelbagai kaum dab budaya. Kita harus berbangga dan menghormati kepelbagaiannya. Keutamaan bidang pendidikan adalah ke arah peningkatan mutu pelajaran.
“Maka sekali lagi saya menggesa rakan-rakan khususnya Dong Zong dan pertubuhan Melayu lainnya agar tidak meneruskan dengan sidang anti atau pro-Jawi,” tambah beliau. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.