Meningkat 32 kes berbanding 67 kes pada tahun 2018

KUALA TERENGGANU – Seramai 99 anggota polis di Terengganu dikenakan
tindakan tatatertib, atas pelbagai kesalahan jenayah tahun lepas, kata Ketua
Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail.
Katanya,
ia melibatkan anggota daripada pelbagai pangkat dan daripada jumlah tersebut,
sembilan orang adalah pegawai kanan polis, 88 pegawai berpangkat rendah dan dua
pegawai awam, membabitkan kesalahan jenayah, narkotik, salah laku dan syariah.
“Sebanyak
74 kertas siasatan tatatertib telah dibuka, 12 kertas siasatan bagi kes jenayah
yang melibatkan seorang pegawai kanan, 13 pegawai berpangkat rendah dan seorang
pegawai awam. 15 kertas siasatan kesalahan narkotik dibuka, melibatkan seorang
pegawai kanan dan 15 pegawai berpangkat rendah.
“Untuk
kesalahan syariah hanya satu kertas siasatan dibuka membabitkan pegawai berpangkat
rendah, 13 kertas siasatan bagi anggota yang tidak hadir bertugas melibatkan
pegawai berpangkat rendah, satu pegawai awam manakala bagi kes salah laku
terdapat 33 kertas siasatan membabitkan tujuh pegawai kanan dan 37 pegawai
berpangkat rendah,” katanya pada sidang media khas di Ibu Pejabat Polis
Kontinjen (IPK) Terengganu, di sini hari ini.
Beliau
berkata, angka tersebut meningkat sebanyak 32 kes pada tahun lepas berbanding
67 kes yang dicatatkan pada 2018 dan seramai 13 anggota telah ditamatkan perkhidmatan,
selepas didapati bersalah oleh mahkamah.
Aidi
berkata, pihaknya memandang serius terhadap kesalahan disiplin anggotanya dan
tidak akan berkompromi terutama dalam kes rasuah dan narkotik.
Dalam
perkembangan lain yang melibatkan kes ugutan bunuh terhadap seorang wartawan
penyiaran TV3 pada 1 Januari lalu, Aidi berkata, pihaknya kini aktif mengesan
individu yang menghantar ugutan kepada mangsa dan sedang menunggu laporan
daripada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi
mendapatkan butiran mereka yang terlibat.
Sebelum
ini, media melaporkan, seorang wartawan penyiaran tampil membuat laporan polis
setelah menerima ugutan menerusi laman sosial Facebook setelah tular video
pendedahan berkenaan Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) Wakaf Mempelam,
yang beroperasi tanpa kemudahan asas elektrik dan bekalan air pada hari pertama
persekolahan.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.