Seorang ahli perniagaan yang sedang cuba mendapatkan kontrak
lumayan daripada kerajaan didakwa menjadi dalang kepada pesta yang
diserbu polis dan membawa kepada penahanan 17 individu termasuk seorang
Adun Selangor baru-baru ini.
Seorang daripada wanita terbabit adalah pelajar sebuah kolej swasta, manakala seorang lagi warga asing.
Ahli perniagaan tersebut, kata sumber itu, juga menganjurkan sesi berjudi untuk mereka.
Dalam kejadian awal pagi 12 Jan lalu, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields menyerbu sebuah kondominium di Jalan Puchong, Kuala Lumpur, selepas mendapat aduan orang ramai.
Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador, berkata aduan diterima kerana penduduk setempat mengadu ada bunyi bising dari kediaman berkenaan. Serbuan dilakukan kira-kira jam 4.40 pagi.
Katanya
serbuan itu membawa kepada penahanan 17 orang - termasuk enam wanita -
bagi dilakukan ujian saringan air kencing. Daripada jumlah tersebut,
kata Abdul Hamid, seorang didapati negatif dan dibebaskan, manakala bakinya diambil keterangan sebelum juga dibebaskan dengan jaminan polis.
Adun Dengkil, Adhif Syan Abdullah, mendakwa berkunjung ke presmis tersebut untuk berbincang dan menafikan ditahan polis.
Beliau yang juga ketua Pemuda Bersatu Selangor tidak menolak kemungkinan kejadian tersebut ada kaitan dengan pemilihan parti yang diadakan tahun ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.