Kementerian Dalam Negeri memberitahu bahawa laporan akhir
dan syor suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai Wang Kelian di
Perlis, siap sepenuhnya dan akan dibentangkan kepada kabinet minggu
depan.
"(RCI) Wang Kelian dah selesai, laporan RCI itu telah pun disiap, dibawa kepada Yang di-Pertuan Agong dan dah diserahka kepada kita (KDN).
"Cuma kita (akan) maklumkan kepada kabinet. Kita akan bentang minggu depan kepada jemaah menteri.
Terdahulu, beliau diminta mengulas mengenai status terkini laporan RCI Wang Kelian yang menyiasat penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian.
RCI yang diperkenankan penubuhannya Agong pada 29 Jan tahun lepas, dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Arifin Zakaria.
Ia diadakan susulan penemuan 139 kubur dan 28 kem pemerdagangan manusia yang ditinggalkan di puncak Bukit Wang Burma di sempadan Malaysia-Thailand.
Mohon lebih masa
Sementara itu, Muhyiddin juga menyatakan bahawa pasukan jawatankuasa khas meminta supaya tempoh melengkapkan siasatan kehilangan paksa paderi Raymond Koh dan aktivis sosial, Amri Che Mat, dilanjutkan.
"Saya diberitahu, mereka memerlukan sedikit masa lagi. Saya percaya masa sebulan mungkin. Pengerusinya meminta kementerian untuk membenarkan lanjutan masa.
"Jadi, saya harap mungkin selepas sebulan selesai, dia siapkan draf laporan akan serah kepada kementerian," katanya.
Penubuhan jawatankuasa khas itu diumum KDN pada 23 Mei tahun lalu susulan pendedahan laporan inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).
Ketika membentangkan laporan inkuiri tersebut, Suhakam pada 3 April menyatakan polis Cawangan Khas (SB) terlibat dalam kehilangan Koh pada 2017 dan Amri pada 2016.
Susulan itu, sebuah jawankuasa khas ditubuhkan merangkumi tujuh anggota termasuk pengerusinya Abd Rahim Uda, bekas hakim mahkamah tinggi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.