M FAKHRULL HALIM
Usul undi percaya yang mahu dibawa PAS ke Dewan Rakyat untuk
menyokong Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad meneruskan
kepemimpinannya sehingga habis penggal, akan dibincangkan dengan Umno
malam esok.
Mengulangi kenyataannya semalam, Tuan Ibrahim berkata PAS memandang ada keperluan usul itu dibawa ke parlimen memandangkan berlaku ketidakstabilan politik dalam negara ekoran perselisihan tentang peralihan kuasa perdana menteri dalam kerajaan PH.
“Sebagaimana yang disebut Tun Mahathir, ahli parlimen menentukan sama ada dia perlu terus atau dia perlu serah (jawatan),” katanya.
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Perunding Muafakat Nasional bakal bertemu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), jam 8 malam esok bagi membincangkan perkara tersebut.
Semalam, Tuan Ibrahim dan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan mengumumkan 18 anggota parlimen PAS akan membawa usul berkenaan dalam sidang Dewan Rakyat pada Mac depan, memandangkan pihak yang sebelum ini “menggembar-gemburkan rasa tidak puas hati” terhadap kepimpinan perdana menteri tidak membawa usul undi tidak percaya di parlimen.
Setiausaha Agung Umno Annuar Musa pula berpendapat PAS mempunyai hak membawa usul berkenaan, tetapi berpendirian bahawa Umno tidak perlu “busybody” (menyibuk) dengan masalah yang dihadapi PH.

Dr Mahathir dalam wawancara bersama The Malaya Post
yang disiarkan semalam, mengulangi komitmennya untuk menyerahkan
jawatan perdana menteri kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim seperti yang
dipersetujui PH sebelum pilihan raya umum ke-14 lalu.
Pemberita
pada hari ini juga menyoal Tuan Ibrahim mengenai pandangan sesetengah
pihak bahawa usul undi percaya tidak boleh dibawa oleh parti
pembangkang.
Apabila diasak pemberita yang bertanya jika PAS akan tetap membawa usul berkenaan sekiranya tidak mendapat sokongan daripada Umno dalam mesyuarat malam esok, Tuan Ibrahim mengelak memberi jawapan langsung.
Sebaliknya, beliau hanya mengulang kenyataan bahawa usul berkenaan bersifat persendirian, berkata, “kita akan tengok, kita akan bincang.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.