Ahmad
Zahid ditemu bual pengamal media ketika meninggalkan Istana Negara
selepas menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan
Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia hari ini.
--fotoBERNAMA
Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pelantikan Muhyiddin hari ini sebagai pengakhiranan kepada kemelut politik yang melanda sejak seminggu lalu.
"Episod dan babak awan hitam sudah berlalu, dan langit kembali cerah.
"InsyaAllah kita parti dalam BN akan memberikan sokongan terhadap dasar-dasar baharu Muhyiddin.
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata demikian selepas menghadiri Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Perdana Menteri ke-8 di Istana Negara.
Beliau dalam pada itu berkata, Perikatan Nasional akan meletakkan rakyat sebagai keutamaan mereka, selain menghentikan penganiayaan terhadap rakyat.
Terdahulu, beberapa pemimpin parti termasuk Presiden Pas Abdul Hadi Awang dan kakitangan kanan kerajaan hadir pada istiadat angkat sumpah tersebut.
Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh selesai mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-8 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekitar pukul 10.43 pagi.
Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan Muhyiddin selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Sebelum ini, Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri Interim setelah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh pada 24 Feb lepas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.