Halaman

Ahad, 1 Mac 2020

GPS sokong Muhyiddin kerana Dr M ‘tidak tegas’, kata Abang Johari

Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg (2 dari kiri) 
memeriksa batu sempadan Malaysia-Indonesia semasa lawatan 
kerja beliau ke Serikin, Bau hari ini.
 
KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengubah sokongan daripada Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri kepada Muhyiddin Yassin kerana bekas perdana menteri itu “tidak tegas”.

Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg berkata, GPS pada mulanya menyokong Mahathir untuk memimpin negara sebagai perdana menteri selepas beliau meletakkan jawatan sebagai ketua kerajaan sebelum ini.

“Tetapi kemudian, beliau (Mahathir) mengumumkan beliau bersedia untuk menjadi calon perdana menteri.

“Jadi itu sebabnya kenapa kami sokong Muhyiddin kerana beliau (Mahathir) ‘tidak tegas’, dan pada masa sama kepentingan Sarawak paling utama,” katanya ketika ditemui selepas lawatan kerja di Serikin, Bau di sini, hari ini.

Ketika ditanya sama ada GPS menyokong Muhyiddin keramna “tawaran lebih baik” yang diterima daripadanya (Muhyiddin), Abang Johari berkata, “tidak tahu”.

Semalam Abang Johari berkata, 2 blok politik cuba meraih sokongan GPS berikutan kemelut yang berlaku di Putrajaya.

Beliau juga berkata, GPS tidak akan bekerjasama dengan pemimpin yang tidak mempunyai pendirian politik.

Katanya, GPS juga akan menyokong mana-mana gabungan politik di peringkat nasional yang bersetuju untuk membayar cukai jualan ke atas produk petroleum kepada Sarawak dan menunaikan hak negeri di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Berhubung harapan Sarawak untuk menjalin hubungan lebih baik dengan kerajaan persekutuan, Abang Johari berkata, parti itu perlu memberi sedikit masa kepada Muhyiddin kerana beliau baru sahaja mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri ke-8.

Muhyiddin mengangkat sumpah pagi ini di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Pelantikan ahli Parlimen Pagoh itu menamatkan kemelut politik yang berlaku sebelum ini, yang menyaksikan negara tidak mempunyai kerajaan selama 1 minggu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.