Halaman

Ahad, 1 Mac 2020

Tian Chua dibaling botol selepas mesyuarat PKR

Tian Chua dihampiri penyokong PKR yang marah ketika beliau 
hendak memasuki keretanya selepas mesyuarat MPP di ibu 
pejabat parti hari ini.
 
PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Tian Chua dibaling dengan botol dan digelar “pengkhianat” serta “anjing” oleh sekumpulan penyokong parti itu yang marah dengannya, ketika beliau meninggalkan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) hari ini.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari bersama Exco Pulau Pinang, Afif Bahardin dan Adun Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri turut dimarahi penyokong PKR ketika meninggalkan ibu pejabat parti itu di sini.

Kumpulan itu ialah sekutu bekas timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang dipecat parti selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin parti lawan untuk membentuk gabungan baru pada hujung minggu lalu.
Tian Chua diserang penyokong PKR yang marah di luar ibu 
pejabat parti itu hari ini.
Kemelut politik yang menyusul selepas peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri pada Isnin lalu, berakhir pagi tadi apabila Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-8.

“Mereka adalah pengkhianat dan kami tidak boleh memaafkan mereka,” kata seorang ahli Otai Reformis dari Kuantan kepada FMT.
Penyokong PKR terus mengasak Tian Chua ketika beliau cuba 
masuk ke keretanya.
“Kesetiaan MB Selangor diragui. Jika dia gagal ujian ini, bagaimana kami boleh mempercayai dia?
Sudah tentu kita patut marah. Kami telah banyak berkorban sejak 20 tahun lalu.

“Kami tidak rasa (pelantikan Muhyiddin) adalah sah, tetapi kami tidak akan mempertikaikan keputusan Agong.”

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.