Hisham didakwa berhubung dengan bekas menteri, timbalan

BANGI – Pengerusi UDA Holdings Berhad, Datuk Hisham Hamdan yang disahkan
positif coronavirus (COVID-19) didakwa berhubung dengan seorang bekas
menteri dan timbalannya.
Perkara itu didedahkan oleh Ahli Parlimen Subang, Wong Chen menerusi akaun Twitter, sebentar tadi.
“Memandangkan pesakit berhubung dengan
bekas menteri dan timbalan menteri tiga hari lalu, kita perlu mengambil
langkah berjaga-jaga,” katanya.
Difahamkan, Hisham menghadiri Majlis Apresiasi pada 27 Februari lalu di Hotel Ancasa Kuala Lumpur.
Sehingga kini belum ada pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung perkara itu.
Terdahulu, Khazanah Nasional yang
memiliki UDA Holdings berkata, salah seorang pekerjanya didiagnosis
COVID-19 dan sedang dirawat di sebuah hospital kerajaan
“Khazanah bekerjasama rapat dengan pihak
berkuasa kesihatan dan pengurusan premis pejabat kami dalam melaksanakan
langkah-langkah yang diperlukan dan berjaga-jaga bagi memastikan
kesihatan dan keselamatan semua kakitangan kami dan mereka di sekeliling
mereka,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan