Halaman

Isnin, 2 Mac 2020

Pengerusi UDA positif COVID-19

siti hafidah 

 

Hisham didakwa berhubung dengan bekas menteri, timbalan


BANGI – Pengerusi UDA Holdings Berhad, Datuk Hisham Hamdan yang disahkan positif coronavirus (COVID-19) didakwa berhubung dengan seorang bekas menteri dan timbalannya.

Perkara itu didedahkan oleh Ahli Parlimen Subang, Wong Chen menerusi akaun Twitter, sebentar tadi.

“Memandangkan pesakit berhubung dengan bekas menteri dan timbalan menteri tiga hari lalu, kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga,” katanya.

Difahamkan, Hisham menghadiri Majlis Apresiasi pada 27 Februari lalu di Hotel Ancasa Kuala Lumpur.

Sehingga kini belum ada pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung perkara itu.

Terdahulu, Khazanah Nasional yang memiliki UDA Holdings berkata, salah seorang pekerjanya didiagnosis COVID-19 dan sedang dirawat di sebuah hospital kerajaan

“Khazanah bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa kesihatan dan pengurusan premis pejabat kami dalam melaksanakan langkah-langkah yang diperlukan dan berjaga-jaga bagi memastikan kesihatan dan keselamatan semua kakitangan kami dan mereka di sekeliling mereka,” katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.