
KUALA LUMPUR – Datuk Zaid Ibrahim menasihati Pakatan Harapan (PH) supaya tidak duduk menangis mengenangkan kehilangan kerajaan Pusat yang berlaku baru baru ini.
Bekas Menteri Undang-undang itu berkata, tiada guna PH sedih memikirkan apa yang terjadi pada 29 Februari lalu.
Beliau berkata demikian dalam status twitter beliau yang berbunyi:”Instead of crying foul over the change of govt, PH can do better with some honest self reflection. Is no good being like Arsenal, can score goals but can’t defend“.
Sebelum itu, Zaid juga menegaskan bahawa umpama setinggi-tinggi Tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga, PH hanya boleh kembali pulih daripada kekecewaan mempertahankan kerajaan Pusat jika tidak lagi bergantung kepada tupai pandai melompat itu.
“Tidak kira sepandai mana tupai itu melompat, suatu hari nanti ia akan jatuh ke tanah juga.
“PH hanya boleh pulih dari kekecewaan mereka jika mereka tidak lagi bergantung kepada ‘tupai pandai’ itu.
“Mereka harus belajar percaya pada diri mereka sendiri,” katanya dalam status twitter tersebut. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.