
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Perak itu terpaksa keluar pejabat susulan perkembangan politik yang berlaku di Putrajaya.
“Saya rasa saya mempersiapkan diri saya untuk menerima keadaan yang akan berlaku dalam dua tiga hari ini. Saya datang sini untuk kemas barang-barang saya. Namun yang paling sedih saya terpaksa turunkan gambar saya sendiri iaitu gambar saya menerima watikah sebagai exco kerajaan negeri,” katanya semasa ditemui media hari ini.
Malah katanya, Hasnul Zulkarnain berkata, beliau masih mahu berkhidmat untuk rakyat Perak.
“Saya masih belum puas untuk berkhidmat kepada rakyat Perak. Saya exco penerangan dan kerap berjumpa masyarakat.
“Antara yang paling menyentuh hati saya ialah program santai bersama rakyat bawahan. Dari situlah saya dapat lihat apa rakyat Perak mahu selama ini,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.