Ismail
Sabri menegaskan, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang
berkuatkuasa 10 Jun ini masih tertakluk di bawah peraturan Akta
Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Malah, kata beliau, apa
sahaja tindakan yang dilakukan kerajaan adalah ia bagi memastikan
keselamatan dan kesihatan semua pihak.
"Saya baca komen netizen
yang kata walaupun "Abah" (Perdana Menteri) sudah umumkan sesuatu yang
menggembirakan, namun mereka yakin "Pak Long Mail" (merujuk pada beliau)
akan memberikan sekatan-sekatan.
"Jadi
walaupun kita beri kebebasan namun walaupun PKPB akan berakhir, namun
PKPP masih tertakluk kepada Akta 342,'' katanya dalam sidang media
harian di sini pada Isnin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan