Bernama

Perihal
berkaitan bekalan vaksin COVID-19 dari syarikat farmaseutikal
antarabangsa Pfizer, antara tumpuan pada hari terakhir persidangan Dewan
Rakyat, hari ini. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Perihal berkaitan bekalan vaksin COVID-19 dari syarikat farmaseutikal
antarabangsa Pfizer, antara tumpuan pada hari terakhir persidangan Dewan
Rakyat, hari ini.
Menurut Aturan Urusan
Mesyuarat, perkara itu terkandung dalam sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan
Menteri yang akan diajukan Lim Guan Eng (PH-Bagan) kepada Menteri
Sains, Teknologi dan Inovasi berhubung kos, keberkesanan, dan liputan
vaksin, khususnya tempoh imuniti serta jaminan perubatan kesan sampingan
vaksin itu.
Guan
Eng turut meminta penjelasan dan rasional pemilihan vaksin keluaran
Pfizer berbanding syarikat vaksin lain, termasuk di Amerika Syarikat,
China dan Rusia, serta perbandingan kos dan keberkesanan vaksin mereka.
Syed
Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) pula minta Perdana Menteri menyatakan
pendirian kerajaan dalam menangani penularan wabak COVID-19, susulan
pembukaan sektor ekonomi.
Selesai
sesi itu, tumpuan akan beralih kepada Rang Undang-Undang
Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus
2019 (COVID-19)) (Pindaan) 2020 bagi bacaan kali yang kedua.
Turut
dijadual dibentangkan bagi bacaan kali kedua ialah Rang Undang-Undang
Cukai Jualan (Pindaan) 2020, Rang Undang-Undang Cukai Perkhidmatan
(Pindaan) 2020, dan Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan (Pindaan) 2020.
Persidangan Dewan Rakyat yang berlangsung selama 29 hari sejak 2 Nov lepas, akan berakhir hari ini.
-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan