HALAMAN SANTAI

Khamis, 17 Disember 2020

Muhyiddin hargai Ahli Parlimen sokong Belanjawan 2021

BH ONLINE
Muhyiddin hargai sokongan Ahli Parlimen menyokong Belanjawan 2021. Gambar dari Facebook Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
Muhyiddin hargai sokongan Ahli Parlimen menyokong Belanjawan 2021. Gambar dari Facebook Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Parlimen, khususnya daripada Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) atas sokongan diberikan sehingga Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2021 diluluskan oleh Dewan Rakyat semalam.

Perdana Menteri berkata, sokongan itu membuktikan keprihatinan dan kebersamaan semua Ahli Parlimen kerajaan menentukan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta pemulihan ekonomi dapat dilaksanakan seperti yang dirancang.

"Saya juga mengingatkan kepentingan untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan menjaga kawasan diwakili sebaiknya," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebook beliau hari ini.

Penghargaan itu dizahirkan Muhyidddin dalam ucapan ringkas pada majlis makan tengah hari bersama wakil rakyat PNBBC di Parlimen hari ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob antara Ahli Parlimen pemimpin PNBBC yang hadir majlis makan tengah hari di Parlimen hari ini. Gambar dari Facebook Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Kanan 
(Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob antara Ahli Parlimen 
pemimpin PNBBC yang hadir majlis makan tengah hari di 
Parlimen hari ini. Gambar dari Facebook Perdana Menteri, 
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Belanjawan pertama kerajaan Perikatan Nasional (PN) itu diluluskan di Dewan Rakyat apabila RUU Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) memperoleh sokongan majoriti Ahli Parlimen.

RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagian selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang menyaksikan 111 ahli Parlimen bersetuju, 108 tidak bersetuju dan seorang tidak hadir. - BERNAMA

Tiada ulasan: