Astro Awani

Willie Mongin turut mempertikaikan tindakan Larry pada awal merebut
jawatan itu (pengerusi).
KUCHING:
Ahli Parlimen Julau, Larry Sng disifatkan tidak mempunyai pendirian
teguh dalam parti apabila bertindak melepaskan jawatan sebagai Pengerusi
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak.
Ketika
mengulas ringkas, bekas pemimpin PKR negeri yang juga Ahli Parlimen
Puncak Borneo, Willie Mongin turut mempertikaikan tindakan Larry pada
awal merebut jawatan itu (pengerusi).
"Saya
sebenarnya ingin menolak dari menjawab soal politik tapi jika dia
(Larry) beranggapan (pemimpin) Dayak lebih relevan memimpin kenapa dia
merebut untuk menjadi pengerusi (PKR Sarawak)," katanya ketika ditemui
pemberita di Kuching pada Selasa.
Pada
Isnin, Larry meminta pimpinan parti di peringkat pusat memilih calon
baharu dalam kalangan pemimpin Dayak bagi mengetuai jentera parti itu
dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-12.
Larry menerusi hantaran di akaun Facebook miliknya berkata, keputusan itu dibuat setelah beliau membuat pertimbangan mendalam.
Sementara
itu, Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk
Idris Buang berkata, tindakan itu disifatkan terlambat dan hanya akan
mengeruhkan keadaan menjelang PRN yang dijangka diadakan kurang lapan
bulan dari sekarang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.