Isabelle Leong

Pada
Isnin, Larry Sng meminta pimpinan parti di peringkat pusat memilih
calon baharu dalam kalangan pemimpin Dayak bagi mengetuai jentera parti
itu dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri. - Gambar fail
Majlis
Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak mengambil
ketetapan untuk menolak peletakan jawatan Larry Sng Wei Shien sebagai
Pengerusi PKR negeri itu.
Ketua
Penerangan MPN, Abun Sui Anyit dalam satu kenyataan berkata keputusan
itu dibuat pada Mesyuarat MPN tergempar yang diadakan pada Selasa.
“Hasrat Larry Sng Wei Shien untuk meletak jawatan sebagai Pengerusi MPN ditolak sebulat suara oleh semua ahli MPN Sarawak.
“Larry
disokong dengan mandate yang penuh dan sebulat suara oleh semua ahli
mesyauarat MPN Sarawak untuk meneruskan kepimpinannya sebagai Pengerusi
MPN sehingga pemilihan PKR yang akan datang,” katanya.
Beliau
juga meminta ahli PKR di Sarawak untuk bertenang dan memberi sokongan
tanpa berbelah bahagi kepada semua kepimpinan parti dari peringkat pucuk
pimpinan hingga ke cabang.
“PKR
Sarawak juga menyeru kepada cabang-cabang dan ahli-ahli PKR di seluruh
Sarawak untuk terus Bersatu dan menumpukan kepada usaha yang berterusan
dalam memperjuangkan dan membela nasib rakyat di setiap cabang dan
kawasan masing-masing,” katanya.
Pada Isnin, Larry Sng meminta pimpinan parti di peringkat pusat memilih calon baharu dalam kalangan pemimpin Dayak bagi mengetuai jentera parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri.
Larry yang juga Ahli Parlimen Julau berkata, keputusan itu dibuat setelah beliau membuat pertimbangan mendalam.
Menerusi
hantaran di akaun Facebook, Larry yang dilantik ke jawatan tersebut
setelah pemecatan Baru Bian memberitahu, majoriti rakyat Sarawak adalah
Dayak, yang mewakili 43 peratus penduduk, manakala masyarakat Melayu dan
Cina hanya sekitar 24 peratus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.