Rahimah Abdullah

Syed
Saddiq melalui program Perspektif di Astro AWANI berkata, beliau ingin
menjadikan MUDA sebagai sebuah parti yang disruptif. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) perlu menyatakan hala tuju yang jelas untuk dinilai oleh rakyat pada ketika ini.
Pada
masa sama, Felo Penyelidik Ilham Centre, Profesor Madya Dr Hamidin
Abdul Hamid berkata, idealisme yang diutarakan penerajunya, Ahli
Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu perlu diterjemahkan
dalam bentuk realiti politik kini.
"Saya
melihat apa yang dilontarkan oleh Syed Saddiq semalam lebih kepada
idealisme dalam konteks perjuangan. Itu saya kira suatu yang baik harus
disuburkan orang muda dan setiap ahli politik di Malaysia.
"Namun
macam mana ia nak diterjemahkan dalam realiti politik Malaysia.
Perbualan semalam tidak dapat singkap apa pelan jangka pendek dan pelan
jangka panjang MUDA," katanya kepada Astro AWANI melalui Google Meet pada Sabtu.
Syed Saddiq melalui program Perspektif di Astro AWANI berkata, beliau ingin menjadikan MUDA sebagai sebuah parti yang disruptif.
Malah,
apabila pendaftaran parti itu diluluskan, beliau mahu mengetengah
sebuah tampuk kepimpinan yang unik kepada rakyat dan struktur parti
politik yang baharu.
Malah, MUDA juga
perlu mempunyai strategi yang berkesan dalam menangani pelbagai isu dan
bukan hanya pada peringkat idealisme semata-mata.
"Contohnya,
MUDA perlu tahu apa nak dibuat dalam 12 bulan ini, apa naratif untuk
nak pecahkan isu perkauman, isu pengagihan kekayaan yang sama rata dan
sebagainya.
"Jadi ini yang perlu
difikirkan bahawa mereka ada hala tuju yang jelas dan tidak hanyut
kerana kalau tidak, ia akan sama sahaja dengan ahli politik lain.
Idealisme itu sudah baik, namun perlu ada visi yang jelas untuk diukur
pengudi ketika ini,"ujarnya lagi.
Selain
itu katannya, Syed Saddiq dan MUDA bakal berdepan cabaran yang sangat
besar dalam memastikan matlamat untuk menjadi sebuah parti yang bersifat
disruptif.
Ia berikutan katanya, jika
melihat kepada budaya dan politik di Malaysia, ia bukan suatu yang
bersifat radikal bagi rakyat di negara ini untuk menerima sebarang
perubahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.