Madiha Abdullah

"Di
Malaysia, katakanlah ada usul tidak percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim
(foto)
terhadap Perdana Menteri, ia perlu dibahaskan kerana agenda
kerajaan adalah
agenda utama dalam Parlimen. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Menukar kepimpinan kini bukanlah satu jawapan desakan rakyat yang mahukan blok pembangkang yang lebih memberi impak.
Sebaliknya,
Koordinator Program Research For Social Advancement (REFSA),
Fakhrurrazi Rashid berpendapat, tanpa menetapkan hala tuju, menukar
kepimpinan tetap tidak akan membawa kesan seperti yang diharapkan.
"Mereka perlu tetapkan hala tuju dalam bersetuju atas dasar beberapa polisi ekonomi yang mereka katakan lemah.
"Kedua,
mereka tidak mempunyai collective responsibility, walaupun pernah
menjadi menteri atau timbalan menteri. Tetapi kalau kita lihat pada
Belanjawan 2021, mereka hanya mengeluarkan cadangan tanpa ada koordinasi
yang berstruktur, hanya penekanan dalam beberapa isu dan aspek sahaja.
"Selain
itu, Parlimen perlu juga memberi ruang kepada pembangkang dalam membawa
usul atau berbahas. Seperti contoh di United Kingdom, mereka ada ruang
untuk pembangkang bawa usul,"katanya ketika dihubungi melalui Skype di
sini, hari ini.
Tambah Fakhrurrazi, peranan pembangkang di Malaysia terlebih dahulu perlu diiktiraf untuk membolehkan ia benar-benar berfungsi.
"Di
Malaysia, katakanlah ada usul tidak percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim
terhadap Perdana Menteri, ia perlu dibahaskan kerana agenda kerajaan
adalah agenda utama dalam Parlimen.
"Ini
berbeza dengan UK di mana bila ada pembangkang mencadangkan satu usul
untuk dibahaskan, ia akan disegerakan untuk membolehkan ahli Parlimen
membahaskan secara menyeluruh.
"Saya
fikir kita perlu konsep dwi-partisan, contohnya di negara luar, semasa
atau sebelum Belanjawan dibentangkan semua butiran akan diserahkan
kepada jawatankuasa khas.
"Di sini akan
ada ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, duduk bersama meneliti
belanjawan tersebut, keluarkan laporan untuk dibahaskan di Parlimen.
"Dengan
adanya jawatankuasa ini, kita tahu konsepnya dwi partisan di mana ahli
parlimen kerajaan, pembangkang dan eksekutif memberi perbahasan dan
responsif berbading sidang yang lebih besar dan tidak mempunyai hala
tuju," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.