Pertama saya mengucapkan terima kasih kerana terima teguran bahawa yg disebut "RM3 Billion untuk 10 juta vaksin" itu adalah jauh dari kebenaran.
RM3 Billion adalah peruntukan yg ada untuk beli vaksin Covid19 yg cukup untuk 70,% rakyat Malaysia. Saya beritahu setakat rundingan yg sebahagiannya belum dimuktamadkan, kosnya baru dalam lingkungan RM2.3B, jauh lebih rendah dari RM3 Billion. Ia mungkin akan menjadi lebih rendah kerana kerajaan belum memutuskan lagi jenis vaksin yg mana selain dari Pfizer dan fasiliti COVAX dan berapa peratus masing masing vaksin yg lain.
Ada dibangkitkan tentang harga yg didedahkan oleh Menteri Kesihatan Belgium. Saya pun mengambil peluang menelitinya.
Apa yg saya boleh rumuskan, tidak jauh sangat bezanya dengan apa yg dibayar oleh Kesatuan Eropah untuk Vaksin berkenaan.
Yang menjadi kekeliruan mungkin kerana tidak faham perbezaan kos untuk seorang rakyat dengan kos untuk setiap dos vaksin.
Kebanyakan vaksin memerlukan 2 dos bagi mencapai tahap pertahanan badan yg diperlukan. Ada jenis yg hanya memadai satu dos sahaja. Vaksin Pfizer-Biontech perlukan 2 dos. Kerana itu dalam jawapan di Parlimen dimaklumkan pembelian 12.8 juta dos Vaksin Pfizer adalah untuk 6.4juta rakyat Malaysia atau 20% dari populasi.
Terima kasih sekali lagi. MINDA RAKYAT.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.