Astro Awani

Senarai
portfolio itu diumumkan Saarani pada majlis secara ringkas yang
berlangsung di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. - Gambar fail
IPOH:
Selepas dua minggu menerajui pentdbiran kerajaan Perak, Menteri
Besarnya, Datuk Saarani Mohamad mengumumkan portfolio Ahli Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (EXCO).
Selain
menggalas jawatan Menteri Besar, Saarani yang juga Ahli Dewan Undangan
Negeri (Adun) Kota Tampan turut memegang portfolio Agama Islam,
Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi dan GLC.
Adun
Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya pula bertanggungjawab bagi portfolio
Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor) dan Adun Kampung Gajah,
Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan
Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan NGO)
Adun
Lintang, Datuk Mohd Zolkafly Harun (Pengerusi Jawatankuasa
Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam) dan ADUN BOTA, Khairul
Shahril Mohamed (Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Komunikasi dan
Multimedia).
Adun
Semanggol merangkap Pesuruhajaya PAS Perak, Razman Zakaria (Pengerusi
Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan, manakala Adun
Selama, Mohd Akmal Kamarudin (Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains,
Alam Sekitar dan Teknologi Hijau).
Adun
Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin (Pengerusi Jawatankuasa
Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi) dan Adun
Kuala Kurau, Datuk Abdul Yunus Jamahri (Pengerusi Jawatankuasa
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan
Masyarakat Sivil)
Portfolio Pendidikan,
Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia dipegang Adun Changkat Jering, Ahmad
Saidi Mohamad Daud, manakala Adun Tualang Sekah, Datuk Nolee Ashilin
Mohamed Radzi (Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, dan
Pelancongan).
Senarai portfolio itu diumumkan Saarani pada majlis secara ringkas yang berlangsung di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini.
Empat
daripada Exco adalah daripada UMNO, iaitu Mohd Zolkafly, Shahrul Zaman,
Wan Norashikin dan Khairul Shahril, manakala Adun PAS ialah Razman dan
Mohd Akmal, manakala Abdul Yunus, Nolee Ashilin dan Zainal Pahzi
daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Keempat-empat
Adun UMNO itu bersama Saarani adalah Exco ketika kerajaan negeri di
bawah pimpinan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, manakala Zainol Fadzi
adalah penasihat Menteri Besar ketika itu.
Exco lain yang kekal di bawah kepemimpinan Saarani adalah Razman, Mohd Akmal dan Abdul Yunus.
Ahmad
Faizal yang juga Adun Chenderiang merangkap Ketua Badan Pimpinan
Bersatu Perak meletak jawatan Menteri Besar Perak pada 5 Disember
selepas hilang majoriti sokongan di Dewan Udangan Negeri (Dun).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.