Munirah Mudzamli

Idris
turut menyifatkan pembangkang tidak bijak untuk mentadbir kerajaan
dengan
baik kerana mereka hanya memberi tumpuan kepada politik retorik. -
Foto Astro AWANI
KUCHING:
Tindakan bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Larry Sng
yang mahu pemimpin Dayak diangkat menerajui kepimpinan parti menjelang
Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 disifatkan terlambat.
Ketua
Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Idris Buang
berkata, usaha itu hanya akan merencat dan mengeruhkan keadaan menjelang
PRN yang dijangka diadakan kurang lapan bulan dari sekarang.
"Tidak hairanlah dengan berita ini, PKR sekarang kucar-kacir, baik di peringkat nasional ataupun Sarawak.
"(Bagi
saya) Sudah terlambat untuk mereka mengubah sistem pemerintahan
sekarang, kerana pilihan raya (PRN 12) sudah dekat," katanya ketika
ditemui pemberita selepas Majlis Anugerah Vendor Sarawak Energy (SEVA)
2020 pada Isnin.
Pada
Isnin menerusi hantaran di akaun Facebook miliknya, Larry meminta
pimpinan parti di peringkat pusat memilih calon baharu dalam kalangan
pemimpin Dayak bagi mengetuai jentera parti itu dalam menghadapi PRN
Ke-12.
Larry yang juga Ahli Parlimen Julau berkata, keputusan itu dibuat setelah beliau membuat pertimbangan mendalam.
Dalam
perkembangan lain, Idris turut menyifatkan pembangkang tidak bijak
untuk mentadbir kerajaan dengan baik kerana mereka hanya memberi tumpuan
kepada politik retorik.
"Mereka semua
bermain politik retorik, mereka hanya (tahu) mengkritik tetapi mereka
tidak tahu bagaimana membina negeri atau negara, mereka hanya tahu untuk
mengkritik.
"Lebih mudah untuk mereka mengkritik daripada membuat sesuatu. Itulah sebenarnya PKR dan PH (Pakatan Harapan)," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.