Firdaus Azil

Ketua
UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman
berkata, Ahmad
Zahid wajar lepaskan jawatan Presiden demi bangsa
Melayu, UMNO,
kesetiaan dan 3.6 juta ahli parti. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Selepas beberapa Ketua Pemuda UMNO Bahagian membuat desakan secara
terbuka agar Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur, hari
ini Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman tampil
membuat gesaan yang sama.
Dalam satu
kenyataan hari ini, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lepar itu
berkata, Ahmad Zahid wajar melepaskan jawatan Presiden demi bangsa
Melayu, UMNO, kesetiaan dan kegigihan 3.6 juta ahli parti.
Tegasnya
lagi, pengunduran itu perlu memandangkan kemelut pimpinan tertinggi
UMNO khususnya Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) serta Ahli-ahli
Parlimen berlarutan tanpa sebarang penyelesaian.
Kata
beliau, tindak-tanduk Ahli-ahli MKT dan Ahli-ahli Parlimen yang tidak
terarah juga mendedahkan UMNO kepada kehilangan keyakinan orang Melayu
yang sangat diperlukan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
“Arah
tuju yang tidak jelas beserta lemah ketegasan tindakan membawa kesan
meluntur daya juang dan kesungguhan 3.6 juta ahli UMNO. Kesan langsung
pendakwaan salah laku terhadap kepimpinan UM
NO membawa beban berat
kebangkitan semula UMNO,” katanya lagi.
Ahmad
Sulaiman mendakwa, ahli-ahli UMNO tidak dapat melihat jelas kewajaran
mendokong pemimpin yang dipecat oleh Ahli MKT sendiri.
Selain
itu beliau berkata, penolakan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (Bersatu) oleh Bahagian-bahagian jelas memperlihatkan ketegasan
akar umbi terhadap pimpinan kerajaan Bersatu.
Baru-baru
ini media melaporkan, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohamed
Nizham Abdullah Hamidi sebagai berkata, UMNO perlu dirombak semula dan
kemudian mengetengahkan pemimpin yang bukan hanya diterima oleh ahli
bahkan rakyat juga.
Beliau berkata, UMNO
dalam masa sama perlu mengadakan pemilihan pada tahun ini juga agar suhu
tidak puas hati terhadap pemimpin kembali reda.
Ketua
Pemuda UMNO Bahagian Pontian, Mohd Helmi Buang pula dilaporkan berkata,
kluster besar dalam UMNO perlu berundur segera bagi mengelakkan
kekalahan besar pada PRU14 berulang pada PRU15 kelak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.