Astro Awani

Jelas
Masing Kerajaan Sarawak akan memastikan situasi COVID-19 di negeri
itu
benar-benar terkawal sebelum mengadakan PRN-12. - Foto: Astro AWANI
KUCHING:
Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan memohon untuk dikecualikan daripada
darurat bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN-12)
dijalankan.
Bagaimanapun menurut Timbalan
Ketua Menteri, Tan Sri Dr James Jemut Masing, permohonan itu bergantung
kepada sejauh mana negeri itu berjaya mengawal penularan COVID-19.
“Sekiranya
kita berjaya melandaikan lengkuk COVID-19 di negeri ini, kita akan
membuat permohonan kepada Yang Di-Pertuan Agong untuk dikecualikan
daripada darurat bagi mengadakan PRN.
“Sekiranya
permohonan diperkenan Baginda, maka kita boleh menjalankannya kerana
kita sepatutnya mengadakan PRN pada Jun ini, namun segala keputusan yang
dibuat pasti akan mengambil kira keadaan semasa,” kata Masing.
Terdahulu
pada 12 Januari 2021, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
memaklumkan bahawa Pilihan Raya Umum (PRU), Pilihan Raya Negeri (PRN)
dan Pilihan Raya Kecil (PRK) tidak akan dijalankan sepanjang tempoh
darurat yang berakhir pada 1 Ogos 2021.
Keputusan dibuat bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 seperti mana yang terjadi selepas PRN Sabah pada tahun lalu.
Untuk
rekod tempoh mandat kerajaan Sarawak ketika ini adalah sehingga Jun
2021 dan PRN-12 perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.