Astro Awani

Masing
menyifatkan rakyat Sarawak bijak dalam menilai janji yang
ditaburkan
PSB sama ada mampu ditunaikan atau sebaliknya. - Gambar
fail/Astro AWANI
KUCHING: Parti Sarawak Bersatu (PSB) hanyalah parti baharu pada nama namun dibarisi pemimpin lama yang kecewa.
Demikian
ulasan Presiden Parti Sarawak (PRS), Tan Sri Dr James Jemut Masing yang
turut menepis andaian bahawa PSB bakal menjadi pencabar utama Gabungan
Parti Sarawak (GPS) menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN-12)
terutama di kerusi majoriti etnik Iban.
“Kebanyakan
mereka ini adalah ahli politik lama. Datuk Seri Wong Soon Koh telah
menjadi Menteri Kewangan selama 30 tahun dan masyarakat boleh menilai
apa yang beliau lakukan semasa memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan
Dua.
“Jangan cakap apa yang boleh kamu
lakukan tetapi tunjuk apa yang telah kamu lakukan,” kata Masing dalam
temubual bersama Astro AWANI di pejabatnya, di sini.
Selain
itu, Masing yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak secara sinis turut
menyelar PSB sebagai sebuah parti politik yang hanya pandai menabur
janji.
Tegasnya, rakyat Sarawak lebih bijak menilai dan mereka tidak mudah diperdaya.
“PSB
ini sama macam parti politik lain yang mendakwa mereka bagus tetapi
orang Sarawak akan tentukan sama ada mereka betul atau sebaliknya,”
tambah Masing.
Untuk rekod PSB merupakan serpihan kepada Parti Rakyat Bersatu Sarawak SUPP.
Parti
itu kini dipimpin bekas Menteri Kewangan Dua Sarawak yang juga Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan, Datuk Seri Wong Soon Koh
selaku presiden.
Selain Soon Koh ada lima
lagi ADUN daripada PSB di DUN Sarawak. Mereka terdiri ADUN Opar, Ranum
MIna, See Chee How (Batu Lintang), Johnical Rayong Ngipa (Engkili),
Tiong Thai King (Dudong) dan Baru Bian (Ba'kelalan).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.