Ridauddin Daud

Sekiranya
ketika krisis politik tercetus, pemimpin Pakatan Harapan sepakat untuk
memilih namanya, segala-galanya yang terjadi sekarang tidak akan
berlaku, kata
Tun Dr Mahathir Mohamad. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Sebab yang benar-benar menjatuhkan Pakatan Harapan (PH) adalah
pemilihan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri (PM)
ketika membuat pengakuan di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada Februari
tahun lepas.
Bekas Perdana Menteri, Tun
Dr Mahathir Mohamad menegaskan, sekiranya pada waktu itu pemimpin PH
sepakat memilih namanya sebagai Perdana Menteri, segala-galanya yang
terjadi sekarang tidak akan berlaku.
“Setelah
pencalonan depan Yang di-Pertuan Agong gagal menentukan PM baharu,
pemimpin PH termasuk Anwar datang jumpa saya dengan cadangan memilih
saya sebagai PM. Saya letak syarat nama Anwar sebagai Timbalan Perdana
Menteri tidak disebut.
“Pada hari esok
syarat saya dipersetujui. PH berjaya mendapat 114 wakil rakyat yang
menyertai kumpulan baru ini. Tetapi sebelum dapat dikemukakan kepada
Yang di-Pertuan Agong, Muhyiddin sudah dipilih oleh Agong.
“Yang
jelas ialah tidak mungkin Muhyiddin mempunyai majoriti kerana 114 dari
wakil rakyat tidak bersama dengan beliau, ” katanya menerusi catatan di
blognya pada Jumaat.
Namun, katanya,
apabila dilantik sebagai Perdana Menteri dan beberapa penyokong kumpulan
PH ditawar jadi Menteri, maka Muhyiddin pun memperoleh majoriti.
“
PH yang sepatutnya cadang saya, telah cadang Anwar konon kerana ia
mendapat cukup bilang disebabkan sokongan dari Sabah dan Sarawak.
“Tetapi
Anwar hanya dapat 92 pencalonan dari PH sahaja. Sabah dan Sarawak tolak
Anwar. Saya dapat 62 pencalonan kerana PH tolak saya.
“Jika
PH calon saya seperti yang saya berhak dapat, saya akan dapat 154 undi.
Saya sanggup kembali sebagai Perdana Menteri walaupun Bersatu tolak
saya,” ujarnya.
Menurut Dr Mahathir,
veteran DAP, Lim Kit Siang Kit Siang pula tidak akan mengaku kejatuhan
PH bukan kerana dirinya meletak jawatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.