Astro Awani

Pakatan
Harapan turut berpendirian bahawa segala kuasa yang diperlukan
bagi
menangani pandemik COVID-19 dan juga mengatasi kelembapan
ekonomi sudah
terkandung di dalam undang-undang sedia ada. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Pakatan Harapan (PH) belum menerima sebarang maklum balas mengenai
pengaktifan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat biarpun telah menyerahkan
senarai nama wakil mereka dua minggu lalu.
Dalam
satu kenyataan media, PH menegaskan apa yang berlaku itu sangat
mendukacitakan kerana pihaknya diberi gambaran bahawa jawatankuasa
tersebut penting untuk meneliti keadaan semasa bagi membuat pengesyoran
berkaitan penamatan darurat.
"Majlis
Presiden turut membincangkan isu Jawatankuasa Khas Bebas Darurat yang
telah diumum pada 12 Januari lalu. Senarai nama telah diberi kepada
pihak Kerajaan pada 21 Januari lalu, iaitu lebih dua minggu yang lalu.
"Namun sehingga hari ini kami belum menerima sebarang maklum balas berkenaan pengaktifan jawatankuasa tersebut.
"Ini
amat mendukacitakan kerana kami diberi gambaran bahawa jawatankuasa ini
penting untuk meneliti keadaan semasa bagi membuat pengesyoran
berkaitan penamatan darurat," menurut kenyataan yang ditandatangani
Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution, Setiauasaha Agung
Amanah, Datuk Dr Mohd Hatta Ramly dan Setiausaha Organisasi DAP Anthony
Loke.
PH juga mengulangi pendirian bahawa
pilihanraya tidak perlu diadakan dalam tempoh Malaysia berdepan
pandemik COVID-19 kerana mandat yang diberikan rakyat sah sehingga 2023.
Sebaliknya,
PH kekal dengan pandangan bahawa apa yang perlu dilakukan oleh Perdana
Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional ialah
mengembalikan mandat tersebut kepada pihak yang sepatutnya dengan
segera.
"Majlis Presiden turut
mempertikai kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sering membangkitkan
isu pilihan raya. Amat jelas rakyat Malaysia tidak inginkan pilihan
raya pada waktu ini, tetapi mahu kestabilan politik untuk menyelesai isu
pandemik dan ekonomi.
"Maka Pakatan
Harapan kekal dengan pendirian bahawa pilihan raya tidak diperlukan
memandangkan mandat yang diberikan rakyat pada PRU14 adalah sah sehingga
2023.
"Yang diperlukan adalah pengembalian mandat tersebut kepada pihak yang sepatutnya, pada kadar segera," kata kenyataan itu lagi.
PH
juga berpendirian bahawa segala kuasa yang diperlukan bagi menangani
pandemik COVID-19 dan juga mengatasi kelembapan ekonomi sudah terkandung
di dalam undang-undang sedia ada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.