Muhafandi Muhamad

Mengenai
sama ada beliau akan bertanding pada pemilihan parti, Annuar
yang juga
Menteri Wilayah Persekutuan, belum membuat keputusan
mengenainya.
KETEREH:
Barisan Nasional (BN) diketuai UMNO dikatakan akan memulakan rundingan
pengagihan kerusi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (Bersatu), kata Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar
Musa.
Bekas Setiausaha BN itu mendakwa,
kempimpinan tertinggi UMNO sudah memberi keizinan untuk meneruskan
hasrat berkenaan yang dihentikan sebelum ini.
"Saya difahamkan minggu lalu di peringkat pengurusan UMNO ada memberikan lampu hijau supaya rundingan dengan Bersatu diteruskan.
"Itu
cukup baik... sebab setakat saya tahu, rundingan belum dibuat lagi. Ini
satu perkembangan yang baik," dakwanya ketika ditemui di sini, hari
ini.
Beliau mendakwa, kedua-dua pihak sudah mempunyai senarai cadangan kerusi kawasan masing-masing untuk ditandingi.
Dakwanya,
perbezaan pendapat sememangnya wujud namun ia tidak terlalu rumit untuk
diselesaikan kerana beliau difahamkan Bersatu menerima hakikat UMNO
mahukan lebih kerusi.
Beliau juga mendakwa, Bersatu turut memahami UMNO mempunyai banyak kubu kuat yang berpotensi untuk dimenangi dalam PRU15..
Katanya,
beliau juga difahamkan, UMNO akan bertanding menggunakan logo BN
manakala bersatu menggunakan logo Perikatan Nasional (PN).
Mengulas lanjut, beliau berharap kerjasama antara BN, Pas dan Bersatu diteruskan.
"Antara
UMNO dan Pas sudah terbentuk satu persefahaman yang agak jitu. UMNO
dengan Bersatu pula, (parti) masih meninjau pendapat pimpinan akar umbi.
"Saya
yakin UMNO dapat menguruskan perbezaan pendapat itu... yang penting
UMNO perlu dapat formula untuk memenangi PRU... Saya yakin UMNO akan
selesaikan masalah ini," katanya.
Mengenai
sama ada beliau akan bertanding pada pemilihan parti, Annuar yang juga
Menteri Wilayah Persekutuan, belum membuat keputusan mengenainya.
Sebelum
ini timbul spekulasi Annuar berhasrat menawarkan diri bertanding
jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan parti selepas tersebar
gambar beliau dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Annuar
sebelum ini digugurkan daripada jawatan Setiausaha Agung BN dan ia
dikatakan berpunca daripada kecenderungannya yang dilihat tidak sehaluan
dengan presiden parti, malah digambarkan sebagai jurucakap kepada
Bersatu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.