Bernama

Datuk
Seri Najib Tun Razak akan memfailkan saman terhadap bekas Peguam
Negara
Tan Sri Tommy Thomas berhubung dakwaan kenyataan fitnah di dalam
bukunya. - Bernama
KUALA LUMPUR:
Datuk Seri Najib Tun Razak akan memfailkan saman terhadap bekas Peguam
Negara Tan Sri Tommy Thomas berhubung dakwaan kenyataan fitnah di dalam
buku yang diterbitkan baru-baru, My Story: Justice in the Wilderness yang mengaitkannya dengan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Perkara itu disahkan oleh peguam bekas perdana menteri Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika dihubungi Bernama.
“Ya,
kami akan menyaman beliau bagi pihak anak guam kami. Semalam, Thomas
telah memberi jawapan kepada surat tuntutan (LOD) kami …. beliau
menyangkal memfitnah anak guam kami.
“Penerbitnya,
GB Gerakbudaya Enterprise Sdn Bhd belum menjawab LOD kami. Kami akan
mengemukakan saman fitnah terhadap Thomas dan penerbit secepat mungkin,"
kata Muhammad Shafee.
Pada
2 Feb lepas, Najib melalui peguamnya Shafee Co, menuntut permohonan
maaf dan ganti rugi sebanyak RM10 juta dari Thomas kerana mendakwa telah
memfitnah beliau di dalam buku yang ditulis bekas peguam negara itu.
Dalam
surat itu, Najib menuntut jawapan yang memuaskan daripada Thomas
sebelum pukul 12 tengah hari Jumaat dan menyatakan, bahawa sekiranya
Thomas gagal melakukannya, prosiding undang-undang akan dimulakan awal
minggu depan.
Beliau juga menuntut agar
kenyataan itu ditarik balik dengan jelas daripada buku itu dan
permohonan maaf sepenuhnya bagi fitnah di dalam bab 42 di bawah tajuk "Altantuya".
Dokumen
itu turut menyebut bahawa dengan inferens dan sindiran yang jelas,
Thomas telah menghantar mesej bahawa beliau, sebagai AG dan Pendakwa
Raya ketika itu, berpuas hati dengan kebenaran dakwaan dua individu yang
telah disabitkan bahawa Najib terlibat dalam mengarahkan mereka
membunuh Altantuya.
Surat itu juga menyatakan bahawa kenyataan tersebut adalah jelas bermotifkanem mala fide
(niat jahat) dan secara prinsipnya dilakukan demi kepentingan diri
Thomas dalam mencari publisiti murahan yang didorong oleh egonya, sensationalisme dan keuntungan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.