Eleanor Michelle Patrick

KOTA KINABALU:
UMNO Sabah akur kepada keputusan tertinggi parti sekiranya terpaksa
bertembung dengan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada
Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Pengerusi
Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, UMNO
Sabah juga akur dengan keputusan parti supaya calon UMNO mempertahankan
kerusi Parlimen yang dimenangi parti itu pada pilihan raya umum lalu.
"Di
Sabah kita ada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tetapi bagaimanapun apabila
parti membuat keputusan untuk kita bertanding maka UMNO (Sabah) tiada
pilihan.
"UMNO
kena mempertahankan kerusi-kerusi yang ditandingi dan seterusnya akan
memperkasakan parti,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Semalam, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Bersatu sedia untuk bertembung dengan UMNO pada PRU15.
Muhyiddin
berkata, tiada cara lain untuk mengelak pertembungan itu memandangkan
UMNO membuat keputusan untuk tidak mahu bersama-sama parti itu sebagai
gabungan Perikatan Nasional (PN) pada PRU15.
Selain
itu, Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, UMNO
Sabah bersedia untuk berhadapan dengan mana-mana parti termasuk Bersatu.
Beliau turut meminta agar jentera parti disemua peringkat untuk sentiasa bersedia menghadapi PRU akan datang.
“Kita telah mengharungi pelbagai dugaan yang besar, kita pernah menang, pernah kalah dan menang.
"Jadi ini bukan satu rintangan yang besar untuk kita semua bertentangan dengan mana-mana parti dalam PRU akan datang,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan