Adie Sufian Zulkefli

Menurut
Datuk Seri Mahdzir Khalid, biar ada keputusan secara konsensus dalam
parti UMNO berhubung kerjasama dengan Bersatu dalam PRU15. - Gambar fail
ALOR SETAR: “Tunggu dahulu dan biar pimpinan tertinggi buat keputusan.”
Itu
reaksi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkenaan
pendirian parti berkenaan untuk tidak bekerjasama dengan Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Menurut
Mahdzir, memandangkan kenyataan enggan bekerjasama dengan Bersatu
dikeluarkan Presiden UMNO, justeru, ada baiknya hal itu dibincangkan di
peringkat pucuk pimpinan.
“Saya
ingat itu (isu enggan kerjasama dengan Bersatu) dibawa kepada parti,
kita bawa berbincang, biar saya bawa ada keputusan di peringkat parti
sebab ini untuk hadapi pilihan raya… biar ada keputusan secara konsensus
dalam parti UMNO itu sendiri,” kata Mahdzir.
Beliau
berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan premis
perniagaan usahawan yang menerima kemudahan keusahawanan MARA di sini,
pada Ahad.
Mahdzri
dalam masa sama turut memaklumkan, dalam tempoh terdekat belum ada
pertemuan ataupun perbincangan dalam kepimpinan tertinggi UMNO mahupun
dengan Bersatu.
Katanya, UMNO mempunyai
pendirian sendiri dan perkara itu telah dinyatakan di dalam Perhimpunan
Agong UMNO (PAU 2020) sebelum ini.
Jelas Mahdzir, adalah lebih baik bagi semua pihak berdiam diri terlebih dahulu memandangkan perjalanan PRU15 masih jauh.
“UMNO
pun ada pendirian sendiri, kalau kita lawan-lawan (saling berlawan)
cakap, saya ingat (keadaan) jadi makin tegang, dalam PAU sudah disebut,
jadi biarlah keadaan itu begitu (buat masa sekarang) dan ada kaedah dan
caranya (menangani),” jelas beliau lagi.
Pada
Sabtu, Presiden Bersatu yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN),
Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyatakan pendirian UMNO untuk tidak
bekerjasama dengan Bersatu pada PRU15 disifatkan sebagai sebuah realiti
politik yang harus dihadapi.
Muhyiddin
memaklumkan, pihaknya mengambil maklum mengenai perkara terbabit dan
bersedia sekiranya Bersatu terpaksa berhadapan dengan UMNO dalam PRU15.
Dalam
perkembangan sama, UMNO, kata Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid
Hamidi, akan mempertahankan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri
(DUN) yang parti itu menangi pada pilihan raya umum yang lalu.
Ahli
Parlimen Bagan Datuk itu berkata,keputusan itu seperti yang diputuskan
secara sebulat suara dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO
tahun lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.