Abd Razak Mohd Ali

Menurut
Ahmad Faizal, sebagai Setiausaha Politik kepada Ketua Pembangkang,
Datuk Seri Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador bukanlah calang-calang
orang.
- Gambar fail
IPOH:
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri
Ahmad Faizal Azumu berkata, beliau perlu bekerja lebih kuat bagi
menghadapi Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak pada
Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Menurut
Ahmad Faizal, sebagai Setiausaha Politik kepada Ketua Pembangkang,
Datuk Seri Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador bukanlah calang-calang
orang.
“Saya
perlu bekerja lebih kuat lagi sebab orang yang nak bertanding dengan
saya ini bukan calang-calang orang, yang saya kira tahap boleh jadi
Perdana Menteri.
“Jadi
tentunya saya kena kerja lebih kuat untuk memastikan saya terpilih
sekali lagi di Parlimen Tambun ini (kekalkan kerusi Tambun),” kata Ahmad
Faizal.
Beliau berkata demikian kepada
wartawan ketika menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada Norhayati
Abdul Rahim di Manjoi di sini, pada Ahad.
Norhayati, 39, yang juga ibu tunggal kepada empat orang anak kematian suami sekitar tiga bulan lalu
Sementara
itu, Ahmad Faizal yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, ketika masih
berjawatan dan sedang memikul tanggungjawab, beliau berikrar untuk terus
menggandakan kerja.
Bahkan, bekas Menteri Besar Perak itu juga berharap akan terus menabut bakti pada masyarakat pada masa depan.
Selain
Tambun, Ahmad Faizal juga berharap dapat berkhidmat lebih baik di
kawasan Dewan Undangan Negeri Chenderiang yang memerlukan lebih banyak
pembangunan.
Pada 25 September lalu,
Farhash Wafa Salvador menegaskan beliau mungkin akan bertanding di mana
sahaja Ahmad Faizal bertanding kerana Timbalan Presiden Bersatu itu
dilihat sebagai calon ‘heavyweight’.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.