HALAMAN SANTAI

Khamis, 23 Disember 2021

Banjir: Macam tiada PM, tiada menteri, tiada kerajaan – Guan Eng

MALAYSIA POST

Banjir: Macam tiada PM, tiada menteri, tiada kerajaan – Guan Eng

DAP mendakwa kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob lemah dalam menguruskan tindakan bantuan bencana banjir yang berlaku ketika ini.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, berkata kerajaan gagal dalam menguruskan mangsa-mangsa banjir yang melanda di beberapa negeri ketika ini.

“Sekarang tumpuan juga turut diberikan kepada bencana banjir di Pahang yang juga teruk. Ketika ini lebih 41,000 mangsa banjir dilaporkan dan kemungkinan situasi banjir akan bertambah buruk di beberapa tempat.

“Saya merayu kepada Kerajaan Persekutuan untuk tingkatkan prestasi mereka yang amat lemah dan layu dalam menangani bencana banjir dan membantu mangsa-mangsa.

“Macam tiada Menteri, tiada Perdana Menteri, tiada Kerajaan,” katanya di Facebook, hari ini.

Dalam pada itu, Guan Eng berkata, DAP telah melancarkan program bakul makanan kepada mangsa-mangsa banjir dan orang ramai dijemput menghulurkan sumbangan.

“Kerja pembersihan oleh pasukan daripada DAP Jelutong, Pulau Pinang dengan Ahli Parlimen Rayer dan ADUN Ong Ah Teong di Selangor. YB Jamaliah turut bersama menguruskan bekalan bantuan hasil daripada derma orang ramai.

“Terima kasih kepada pihak yang menderma 6,000 bakul makanan yang kini mula diagihkan kepada mangsa banjir.

“Orang awam boleh menderma kepada akaun bank DAP Selangor Public Bank 3169752925,” katanya. – Malaysiapost

Tiada ulasan: