HALAMAN SANTAI

Khamis, 9 Disember 2021

GPS kecewa dengan Ali Biju

MALAYSIA POST

GPS kecewa dengan Ali Biju

GABUNGAN Parti Sarawak (GPS) kecewa dengan tindakan ahli Bersatu Datuk Ali Biju bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak walaupun pucuk pimpinan parti itu sudah memutuskan untuk tidak meletak calon.

Pengerusinya Tan Sri  Abang Johari Openg berkata pihaknya menyerahkan kepada Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil tindakan terhadap penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian itu.

Sebelum ini, pemimpin Bersatu menegaskan parti itu tidak akan bertanding dalam PRN Sarawak sebaliknya akan membantu dalam memastikan kemenangan sekutunya dalam GPS.

Bagaimanapun, Ali yang juga Ahli Parlimen Saratok dan Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, melanggar arahan dengan tampil sebagai calon Bebas di kerusi yang dimenangi pada 2011. – Malaysiapost

Tiada ulasan: