MGF14122021_STATUD-PENDAFTARAN-MUDA20-1
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas hadir ke mahkamah bagi pendengaran semakan kehakiman berkaitan status pendaftaran parti MUDA di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI

KUALA LUMPUR – Keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) didaftarkan sebagai parti politik boleh menaikkan nama baik institusi kehakiman negara ini.

Pengasas MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak menyangka keputusan itu berpihak kepadanya setelah berdepan pelbagai rintangan sejak parti itu mula ditubuhkan hampir dua tahun lalu.