HALAMAN SANTAI

Khamis, 23 Disember 2021

Kibar bendera Bersatu bersama Umno, Shahidan dihadap ke Lembaga Disiplin

MALAYSIA POST

Kibar bendera Bersatu bersama Umno, Shahidan dihadap ke Lembaga Disiplin

GARA-GARA mengibarkan bendera Bersatu bersama bendera Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim dihadapkan ke Lembaga Disiplin Umno.

Ketua Umno Bahagian Arau itu tiba di Menara Dato Onn, PWTC kira-kira jam 2.45 petang tadi, bagi menghadap Lembaga Disiplin Umno berikutan dakwaan beliau telah melanggar disiplin dan tata etika parti.

Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno Bahagian Arau, Syed Atif Syed Abu Bakar telah menghantar surat kepada Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Ahmad Maslan menggesa supaya Shahidan dirujuk kepada Lembaga Disiplin Umno.

Syed Atif mendakwa, pelanggaran disiplin itu berlaku ketika Shahidan hadir pada Majlis Perasmian Berkelompok Mesyuarat Cawangan-cawangan Umno Bahagian Arau di Pusat Khidmat Kubang Gajah, Kangar, Perlis pada 17 Oktober lalu.

Antara kesalahan tersebut ialah mengibarkan bendera Bersatu bersama bendera Umno sebagai hiasan di ruang majlis perasmian mesyuarat Umno Bahagian Arau.

Selain itu, beliau juga turut didakwa mengedarkan draf usul yang jelas bertentangan dengan keputusan parti kepada ketua-ketua cawangan dan ketua-ketua sayap cawangan.

Malah, didakwa membuat ucapan yang bertentangan dengan keputusan parti kepada ketua-ketua cawangan dan ketua-ketua sayap cawangan. -Malaysiapost

Tiada ulasan: