JERAI: Ramai ahli dan
penyokong Parti Amanah Negara (Amanah) kini kembali semula menyertai PAS
kerana hilang kepercayaan terhadap pemimpin dan sangsi hala tuju parti
itu.
Yang Dipertua PAS (YDP) Jerai, Musoddak Ahmad berkata, PAS
kawasan itu menerima lebih 50 permohonan menyertai PAS, di mana
sebahagian besar membabitkan penyokong Amanah.
Bahkan katanya sebuah cawangan baru di Cawangan Kubang Pasu, Sungai Limau akan ditubuh tidak lama lagi.
“Bagaimanapun bagi menutup malu dengan perkembangan itu tiba-tiba pemimpin Amanah mendakwa penyokong PAS pula menyertai parti terbabit.
“Sebenarnya ahli Amanah di kawasan Jerai kalau ada pun hanya tenggelam timbul dan tidak dikenali orang ramai,” katanya di sini.
Kelmarin Naib Presiden Amanah Negara, Dato’ Mahfuz Omar pada catatan di laman sosialnya mendakwa dia hadir ke Kampung Kuala Bangka, Sungai Limau meraikan majlis penyerahan borang menyertai Amanah.
Musoddak juga berkata, ahli PAS di seluruh Kedah sekarang semakin bertambah dan ia membuktikan parti itu menjadi pilihan rakyat. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan