MALAYAIA POST
KETUA Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berharap mesyuarat perwakilan tiga sayap parti itu dimanfaatkan sebagai pentas atau medan untuk ahli dan pemimpin bermuhasabah diri.
Beliau berkata, mesyuarat perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri bermula hari ini, seharusnya dimanfaatkan untuk Umno koreksi diri bagi merencanakan segala tindakan dan gerak kerja yang lebih bersepadu.
“Ambillah juga peluang dalam Mesyuarat kali ini untuk kita kembali memperteguhkan saf dan iltizam perjuangan agar kita tidak mudah tergelincir daripada agenda sebenar perjuangan parti keramat Umno ini,” katanya menerusi Facebook.
Asyraf Wajdi berkata, berkata mesyuarat perwakilan kali ini disifatkan sebagai istimewa susulan kemenangan manis Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
“Namun kemenangan tersebut tidak sesekali harus menjadikan kita kembali alpa, leka jauh sekali sombong dan angkuh.
“Sebaliknya medan Mesyuarat kali ini harus dijadikan pentas untuk kita melakukan muhasabah dan koreksi diri bagi merencanakan segala tindakan dan gerakkerja yang lebih bersepadu dan kemas.
“Ini termasuk bagi mendekati dan menyantuni rakyat yang ketika ini masih dilanda keresahan dan kesempitan akibat pandemik yang belum berakhir,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan selamat bersidang dan bermesyuarat kepada semua perwakilan Wanita, Pemuda, Puteri di 191 Bahagian Umno seluruh Malaysia.
“Moga Allah rahmati dan berkati perjuangan kita semua. KepadaNya juga kita berserah dan mengharapkan petunjuk, inayah dan pertolongan,” katanya. – Malaysiapost
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.