MALAYSIA POST
NAIB Presiden Amanah Datuk Mahfuz Omar menyifatkan sesuatu yang janggal apabila tindakan PAS bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, 18 Disember ini seperti mendapat restu Perikatan Nasional (PN)
Beliau berkata, keputusan PAS yang merupakan parti kompenen PN bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Beting Maro tidak mengundang pertikaian pengerusi gabungan itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Malah, Mahfuz turut menyindir Muhyiddin yang memuji tindakan Datuk Ali Biju menarik diri daripada bertanding di DUN Krian namun hanya membisu apabila PAS terus bertanding di Beting Maro.
“Langkah PAS rakan Bersatu dalam PN terus kekal bertanding di Dun Beting Maro tak terpuji la. Tahhniah PAS dpt kepercayaan GPS utk terus bertanding bagi membawa agenda politik Islam seperti di Kelantan dan Terangganu ke Sarawak. Takbir,” ciapnya di Twitter.
Dalam ciapan Twitter itu, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut memaparkan keratan berita Muhyiddin memuji Ali Biju berkenaan tindakannya itu.
Khamis lalu, Ali Biju yang juga Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli mengumumkan menarik diri sebagai calon Bebas bagi DUN Krian dan akan memberi sokongan penuh kepada calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Friday Belik.
Sebelum ini GPS kecewa dengan tindakan Ali Biju yang bertanding sebagai calon Bebas bagi mempertahankan kerusi DUN Krian.
Pengerusinya, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, tindakan itu melanggar perjanjian dibuat Presiden Bersatu, yang menjamin partinya tidak akan terbabit dalam PRN Sarawak kali ini.
Abang Johari berkata, GPS menunggu bentuk tindakan yang bakal diambil Bersatu terhadap Ali Biju. – Malaysiapost
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.