HALAMAN SANTAI

Khamis, 23 Disember 2021

Pengeluaran KWSP RM10,000 penting kepada mangsa banjir – Asyraf Wajdi

MALAYSIA POST

Pengeluaran KWSP RM10,000 penting kepada mangsa banjir – Asyraf Wajdi

IBARAT sudah jatuh ditimpa tangga, pengeluaran RM10,000 kali terakhir Kumpulan Wang Simpan Pekerja (KWSP) mampu ‘menghidupkan’ semula rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19 terutamanya kepada mangsa banjir.

Itulah yang diluahkan oleh Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki ketika bertembung dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di lokasi membantu mangsa banjir, hari ini.

“Walaupun hanya seketika sahaja, sempat saya buat kesekian kalinya menyuarakan kepada YAB PM Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi pihak rakyat yang ramai amat mengharapkan RM10k KWSP secara one-off.

“KWSP, saya merasakan pengeluaran untuk kali terakhir ini penting bagi kebanyakan rakyat untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka akibat terkesan dengan pandemik dan PKP dengan pelbagai komitmen dan hutang tertunggak.

“Malah ada pula yang sudah jatuh ditimpa pula tangga akibat banjir luar biasa yang melanda di banyak tempat seluruh Malaysia,” katanya di Facebook, hari ini.

Asyraf Wajdi berharap, Perdana Menteri dapat meluluskan pengeluaran RM10,000 KWSP dengan segera walaupun beberapa pihak menentangnya.

“Walaupun kini banyak pihak seperti Kesatuan Sekerja sudah mulai menekan PM supaya jangan membenarkan lagi pengeluaran,” katanya. – Malaysiapost

Tiada ulasan: