20f50d67134b0d71277d804a7b5a5d3661a72a37453f9
Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan Pusat Kecemerlangan Teknikal SarawakCentex Lundu hari ini.- BERNAMA

LUNDU – Anak bekas Ketua Menteri Sarawak Allahyarham Tan Sri Adenan Satem (Tok Nan), Azizul Annuar Adenan akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.

Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata keputusan itu dibuat kerana penyandang kerusi tersebut yang juga balu kepada Tok Nan iaitu Datuk Amar Jamilah Anu mahu mengundur diri serta memberikan ruang kepada Azizul.