Halaman

Isnin, 6 Disember 2021

PRN Sarawak: Calon wanita PKR perjuang kesejahteraan rakyat – Fuziah

MALAYSIA POST

PRN Sarawak: Calon wanita PKR perjuang kesejahteraan rakyat – Fuziah

KETUA Wanita PKR, Fuziah Salleh mahu kelima-lima calon wanita mereka yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak untuk terus memperjuangkan kesejahteraan rakyat negeri itu.

Beliau berkata, usaha PKR meletakkan calon wanita ini adalah untuk meningkatkan perwakilan golongan itu di cawangan perundangan negeri.

Katanya lagi ia bukan semata–mata untuk mencapai sasaran minimum 30 peratus penglibatan wanita sebagai pembuat keputusan, sebaliknya sebagai pengiktirafan kepada wanita berbakat dan berkemampuan untuk bertanding dan menjadi wakil rakyat.

“Amat membanggakan kita menengahkan lagi dua daripada lima calon dari kalangan wanita muda, dalam pada itu sumbangan wakil rakyat wanita dalam dewan negeri atau cawangan eksekutif pentadbiran adalah kritikal pada saat ini.

“Ini kerana wanita yang lebih bersifat empati mengutamakan perjuangan demi kesejahteraan rakyat dan pemulihan negeri khususnya pada pasca pandemik ini.

“Justeru, saya sebagai Ketua Wanita Pusat amat bangga kerana Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sarawak telah berusaha sedaya upaya supaya lebih banyak kerusi diperuntukkan kepada wanita untuk bertanding sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

“Wanita PKR juga mengucapkan tahniah kepada semua calon terutamanya wanita PKR yang telah dicalon dan akan bertanding pada PRN Sarawak ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, lima calon wanita yang bertanding adalah Meneng Biris di DUN Opar, Cherish Ng ( Batu Lintang), Anie Amat (Murum), Norhafizah Joharie (Bekenu) dan Zulhaidah Suboh (Lambir). – Malaysiapost

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.