Fareez Azman

Ivy
(gambar) berpandangan, Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan berdepan
dengan saingan sengit dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Parti Bumi
Kenyalang (PBK). - Gambar UiTM Sarawak
KUALA LUMPUR:
Prosedur operasi standard (SOP) kempen Pilihan Raya Negeri (PRN)
Sarawak ke-12 dilihat memberi kelebihan buat calon di kawasan bandar
berbanding luar bandar.
Ini kerana jelas
Pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM Sarawak,
Ivy Jugah, fasiliti rangkaian jalur lebar yang mudah diakses di kawasan
bandar dijangka memberi lebih peluang kepada calon mengemukakan
manifesto masing-masing kepada pengundi.
"Dengan
penggunaan media sosial, strategi baharu ini mungkin memberi kelebihan
buat calon bertanding di kawasan bandar, bagi luar bandar pula mereka
boleh meneruskan strategi tradisional seperti berkempen dengan SOP
ketat.
"Tetapi
secara tidak langsung maklumat manifesto sampai kepada pengundi. Bila
kita lihat strategi baharu berkempen di bandar, ini kelebihan calon di
kawasan itu yang mendapat capaian Internet lebih bagus," jelasnya ketika
ditemubual Astro AWANI pada Isnin.
Mengulas
lanjut mengenai SOP ketat yang dikenakan dalam kempen PRN kali ini,
ujarnya ia perlu digunakan sebaik mungkin oleh setiap calon bertanding.
Malah
kebenaran berkempen dengan SOP seperti diumumkan Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR) pada Ahad, sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada calon.
PSB dan PBK dijangka beri saingan sengit
Dari
sudut saingan pula, tambah Ivy, Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan
berdepan dengan saingan sengit dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan
Parti Bumi Kenyalang (PBK) yang mana masing-masing bertanding di 73 dan
70 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Kali ini saingan daripada parti PSB dan PBK untuk test market bertanding PRN kali ini dengan mencalonkan begitu ramai calon, saya sendiri terkejut dengan parti PBK.
"Kali
ini 73 calon daripada PBK dan PSB, mungkin sebagai parti tempatan
mereka ingin beri saingan dalam konteks pilihan raya yang lebih
kompetitif," jelasnya lagi.
Ujar Ivy, dia
turut menjangkakan beberapa isu tempatan akan dijadikan daya penarik
pengundi oleh setiap parti antaranya Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan
beberapa isu pembangunan tempatan yang belum dicapai.
"PRN kali ini bila kita tengok GPS ada 82 calon, dan juga mendapat saingan daripada PSB dan PBK serta parti lain.
"Ini
menunjukkan PRN kali ini memang akan memberi saingan agak sengit dalam
kalangan parti bertanding walaupun GPS mengemukakan 24 calon baru, dalam
masa sama agak berpengalaman dalam bidang politik.
"Pada
masa sama, PSB juga calon dipertandingkan mempunyai latar belakang
profesional, begitu juga parti lain. PRN kali ini amat sengit sekali,"
katanya lagi.
Terdahulu, Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh dalam sidang
media memaklumkan telah menerima sejumlah 349 kertas pencalonan bagi 82
kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang dipertandingkan pada
Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Ia
melibatkan Gabungan Parti Sarawak (82 calon); Parti Bumi Kenyalang (73);
Parti Sarawak Bersatu (70); Parti Keadilan Rakyat (28); DAP (26);
Aspirasi (15); Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (11); Amanah (8); Parti
Sedar (5); Pas (1) manakala 30 (Bebas).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.