Halaman

Rabu, 15 Disember 2021

Tiada ketetapan pertahan kerajaan PN dalam PRU-15 – Armand

MALAYSIA POST

Tiada ketetapan pertahan kerajaan PN dalam PRU-15 – Armand

“UMNO masih belum membuat sebarang ketetapan untuk mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti,” kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifah.

Menurutnya, sebagai pemimpin Umno, sudah pasti beliau akan mengikuti keputusan rasmi parti apabila perkara itu dibincangkan akan datang.

“Politik hari ini cukup dinamik dan progresif,” katanya seperti dilapor oleh Malaysiakini.

Bagaimanapun, beliau berkata, selain politik, Umno kini lebih berminat untuk menumpukan isu-isu utama rakyat seperti kebajikan, ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Sebelum ini, Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berulang kali mendakwa Umno telah memutuskan pada perhimpunan agungnya dan majlis tertinggi supaya tidak bekerjasama dengan PN yang didominasi Bersatu.

Pada November lalu, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata parti itu berperanan sebagai penentu dalam pilihan raya yang akan datang dan akan terus menjadi sebahagian daripada PN dan Bersatu.

Sementara itu, apabila diminta mengulas mengenai sama ada pemilihan parti akan diadakan pada Mac 2022, Armand tidak menjawab secara langsung pertanyaan tersebut.

“Kita serahkan pada ‘top five Umno’ (pemimpin kanan parti) berbincang dalam isu pemilihan parti,” katanya.

Pada 12 Disember lalu, Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pemilihan Umno bagi penggal 2021/2023 mungkin diadakan pada November tahun depan.

Katanya, ia perlu diadakan sebelum tamat tempoh semasa iaitu pada Disember tahun depan. – Malaysiapost

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.