Mufti bantah artikel 'Bubur Ratapan Asyura'
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
KUALA LUMPUR: Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin membantah penerbitan artikel Faisal Tehrani bertajuk ‘Bubur Ratapan Asyura” dalam sebuah akhbar tabloid berbahasa Melayu.
Menurut Dr Asri, beliau berkeyakinan bahawa penulis akhbar tersebut merupakan seorang yang berfahaman Syiah dan cuba menyebarkan fahaman tersebut melalui penulisannya.
“Saya yakin penulis artikel itu adalah pengikut Syiah dan beliau cuba menggunakan saluran penulisan sebagai wadah untuk menyebarkan fahaman yang dipegangnya,” katanya.
Beliau berkata, dua aspek utama dalam artikel berkenaan yang boleh memesongkan aqidah umat Islam ialah penggunaan hadis palsu yang mengagungkan Syiah dan pengagungan pegangan dan fahaman Syiah mengenai sambutan Asyura.
“Saya amat berharap tindakan sewajarnya dapat diambil oleh pihak berwajib demi menyelamatkan aqidah umat Islam di negara ini,” katanya.
Surat bantahan mengenai bantahan penyiaran artikle itu turut dihantar kepada Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ketua Pengarah Kementerian Dalam Negeri (KDN) selain kepada sidang pengarang akhbar berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.