HALAMAN SANTAI

Selasa, 1 Julai 2008

(Dikemas kini)

Dakwaan liwat: Anwar di IPK, Amerika beri Malaysia amaran
Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB


PETALING JAYA: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPK) Selangor kira-kira 40 minit, dipercayai bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meliwat pembantu khasnya.

Anwar tiba di IPK kira-kira pukul 2.50 petang dengan diiringi lima orang peguamnya dan meninggalkan premis itu pada pukul 3.25 petang.

Nurul Izzah juga menemani Anwar tetapi tidak dibenarkan masuk ke IPK.

Turut berada di pekarangan IPK ialah kira-kira 500 penyokongnya.

Semalam beliau keluar daripada berlindung di Kedutaan Turki, Kuala Lumpur selama lebih 30 jam.

Dalam pada itu, Amerika Syarikat (AS) hari ini memberi Malaysia amaran agar tidak menjadikan dakwaan terbaru kes liwat membabitkan Anwar satu siasatan yang bermotifkan' politik.

Malah, AS juga menggesa agar Anwar tidak harus dikenakan kes liwat.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Tom Casey yang dipetik AFP berkata: "Perkara utama bagi kami ialah undang-undang seharusnya mengatasi soal politik. Dan, kami sudah pasti menentang sebarang bentuk penguatkuasaan undang-undang atau prosedur-prosedur kehakiman bagi apa jua tujuan selain daripada tujuan undang-undang itu sendiri."

Sambil menyatakan bahawa Anwar pernah berhadapan dengan tuduhan seumpama itu pada masa lalu tetapi telah diketepikan, Casey berkata: "Jadi, kami berharap paten yang sama tidak berulang."

Tiada ulasan: